Star Wars: Republic Commando kembali di PS4 dan Nintendo Switch

Permainan first-person shooter (FPS) Star Wars: Republic Commando akan dilancarkan di PlayStation 4 (PS4) dan Nintendo Switch pada 6 April tahun ini. Versi ini dibangunkan oleh Aspyr Media.

Star Wars: Republic Commando pada asalnya dilancarkan di PC dan Xbox pada tahun 2005. Ia kini masih boleh dibeli untuk PC melalui Steam dan Origin. Ia merupakan sebuah permainan yang diminati oleh ramai peminat Star Wars termasuk penulis sendiri.

Dalam permainan ini, pemain akan mengawal seorang ketua kepada skuad elit Republic Commandos. Untuk berjaya dalam setiap misi, anda perlu memberi arahan yang tetap kepada rakan skuad anda dan sentiasa bekerjasama bersama mereka.

Penulis berharap pengumuman ini bermaksud terdapat perancangan untuk menghasilkan sebuah sekuel atau sekurang-kurangnya sebuah remaster permainan asal.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+