Sukan Asia 2022 akan menyertakan e-sukan sebagai acara berpingat
2020-12-17T03:43:54
By: Hazril Md Nor

Sukan Asia 2022 akan menyertakan e-sukan sebagai acara berpingat

 

E-sukan nampaknya sudah diluluskan untuk dipertandingkan sebagai acara berpingat di Sukan Asia 2022 yang akan berlangsung di Hangzhou, China pada 10 September hingga 25 September 2022.

Menurut laporan Esports Observer, satu Perhimpunan Agung oleh Majlis Olimpik Asia (OCA) diadakan di Muscat, Oman bagi mencapai persetujuan tersebut. Bukan hanya e-sukan, break dancing juga dipertandingkan dalam sukan tarian.

Bagaimanapun, tiada maklumat tentang jenis e-sukan akan dipertandingkan.

Terdahulu, Sukan Asia 2018 di Jakarta, Indonesia mempertandingkan enam e-sukan sebagai acara persembahan iaitu League of Legends, Pro Evolution Soccer 2018, Starcraft II, Hearthstone, Clash Royale dan Arena of Valor.

Difahamkan, permainan dipilih ada kaitan dengan lokaliti dan rantau yang terlibat dalam Sukan Asia tersebut. Ini bermakna permainan itu harus dilancarkan atau mempunyai server di negara bertanding.

Sumber rujukan: Esports Observer

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
VALORANT Episode 2 Act II memperkenalkan Agent baharu Astra
2 days ago
Final Fantasy VII Remake salah satu permainan percuma PS Plus Mac 2021
3 days ago
MPL Indonesia: Celiboy menjelaskan kemenangan mereka ke atas Sang Raja
4 days ago
MPL Indonesia: Bigetron Alpha 2-1 Genflix Aerowolf pada perlawanan pembukaan
5 days ago
Asia Pacific Predator League 2020/21 akan berlangsung pada April 2021
5 days ago
Permainan battle royale Final Fantasy VII: The First Soldier diumumkan