Sukan SEA 2019: ADTR Ketua Jurulatih, Kenchi Untuk DOTA2, Laphel Bagi Mobile Legends

Dalam satu sidang media di Menara KBS sebentar tadi, Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) telah pun sebulat suara memilih jurulatih bagi program latihan (bootcamp) yang akan membantu persediaan dan memilih atlet e-sukan ke Sukan SEA 2019 di Filipina, November ini.

Mengikut senarai nama akhir ini, rata-ratanya adalah individu yang sudah pun dikenali dalam industri e-sukan.

Mereka adalah:

Ketua Jurulatih: Ahmad Syazwan Anuar (ADTR) 

DOTA2: Yap Chee Loong (Kenchi)

AOV: Goh Wee Thean (Nimora)

Mobile Legends: Bang Bang: Mohd Amirul Aiman (Laphel)

Tekken 7: Ahmad Tarmizi Mohammad Fozi 

Sementara itu, untuk dua lagi e-sukan, Hearthstone dan Starcraft 2 masih belum diumumkan.

Persediaan bagi program latihan untuk Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) akan dimulakan pada 1 September ini. Program ini disusuli dengan pemilihan akhir atlet e-sukan yang disenarai pendek dari lebih 50 pemain kepada 21 pemain sahaja.

Pemilihan ini akan diadakan bermula 1 Ogos hingga 15 Ogos untuk menyenarai pendek atlet yang akan mewakili negara nanti.

Mereka akan diberi merit oleh jurulatih mengikut prestasi, keserasian dan pelbagai lagi penilaian dibuat berdasarkan pelbagai aspek.

Artikel berkaitan: Bootcamp bermula pada September

Nantikan berita lanjut menyusul..

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+