Sukan SEA 2019: “Bootcamp Akan Bermula Pada September Ini” – Firdaus Hashim

Persediaan bagi program latihan (bootcamp) untuk Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) akan dimulakan pada 1 September ini. Program ini disusuli dengan pemilihan akhir atlet e-sukan yang disenarai pendek dari lebih 50 pemain kepada 21 pemain sahaja.

Pemilihan ini akan diadakan bermula 1 Ogos hingga 15 Ogos untuk menyenarai pendek atlet yang akan mewakili negara nanti.

Mengikut jadual latihan yang akan diterapkan ketika bootcamp, atlet akan menghadiri kelas teori dan latihan gameplay selain melakukan latihan ketahanan fizikal dan mental. Mereka juga akan scrim bersama pasukan lain dan akan dilatih daya kecerdasan berfikir.

Modul latihan ini boleh dikatakan hampir kurang sama seperti sukan tradisional namun disesuaikan untuk e-sukan.

“Sebelum ini atlet tak berapa jelas mengenai persiapan ke Sukan SEA jadi hari ini kami mengumpulkan mereka dan memberi penerangan ini.

“Penerangan termasuk kontrak, buku peraturan dan bagaimana latihan mereka akan dijalankan nanti,” kata Pengurus E-Sukan bagi kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2019, Firdaus Hashim ketika ditemui pemberita pada sesi taklimat mengenai bootcamp Sukan SEA 2019 di The Pantheon, Subang Jaya, Selangor.

Malah, kata pengarah Mineski Events Team Malaysia (MET) itu lagi, tempoh tiga bulan untuk bootcamp itu sebenarnya sudah memadai kerana ia agak lama.

“Tempoh ini sebenarnya agak lama untuk e-sukan kerana biasanya pasukan antarabangsa pun mengambil masa hanya dua minggu untuk berlatih,” katanya.

Tambahnya, isu pengambilan bahan terlarang jarang berlaku dalam e-sukan tapi pengenalan ujian doping di Sukan SEA 2019 akan mempunyai impak yang cukup besar.

“Pemeriksaan sebegini sebenarnya mampu membuatkan e-sukan dilihat sebagai sesuatu yang serius dan setaraf dengan sukan fizikal lain.

“Kita pun taknak atlet e-sukan mula terjebak dengan gejala tidak elok,” katanya.

Sukan SEA 2019 akan bermula pada November ini dan berakhir pada Disember di Filipina.

Bagi kategori e-sukan, ia akan dipertandingkan bersama sukan bola keranjang 3×3 di Fil Oil Arena, Manila, Filipina. Sebanyak 6 permainan dipertandingkan iaitu Arena of Valor (AOV), Mobile Legends, Hearthstone, Dota 2, Tekken 7 dan Starcraft II.

Peringkat kumpulan (group stage) akan bermula pada 5 Disember dan Grand Final pada 9 dan 10 Disember.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+