SUKMA 2018: Tiga Permainan Akan Ditonjolkan – Mobile Legends, FIFA 18 dan Pro Evolution Soccer (PES)

Mobile Legends, Pro Evolution Soccer (PES) dan FIFA 18 akan dipamerkan melalui Esports Experience sempena SUKMA 2018 di Perak pada 21 hingga 22 September ini di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak.

YB Howard Lee. Sumber: Yahoo Sport UK

Ini adalah pendekatan dan inisatif daripada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Perak, Yang Berhormat Howard Lee Chuan How dengan kerjasama Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK), Sekretariat SUKMA, Majlis Sukan Negeri Perak dan beberapa pihak yang berkaitan.

Selain itu, atlit Esports yang pernah bertanding di peringkat antarabangsa juga akan hadir memeriahkan acara SUKMA 2018 ini. Setakat ini atlit e-sukan yang mendapat jemputan ke acara ini adalah:

  • Honor MyA bagi kategori Mobile Legends,
  • FrostFire Shige dan Gamesbond AmTuah bagi kategori FIFA 18
  • Mohamad NorHaikal Mohamad Noh dan Muhamad Khairul Abdul Aziz bagi kategori Pro Evolution Soccer (PES).

Khairul dan Haikal baru-baru ini berjaya mendapat tempat keempat di Sukan Asia 2018 bagi kategori PES 2018. Esports Experience ini bakal dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Peminat dijangka dapat menyaksikan pemain e-sukan kegemaran mereka bertanding dalam showmatch dan mungkin dapat bertanding dan test skill sekali bersama-sama atlit ini.

Langkah pertama untuk mempromosikan sukan elektronik ini sebagai sukan yang sihat kepada belia dan mampu menggerakkan lagi industri ini ke tahap yang seterusnya.

Bagi penulis, ini adalah pendekatan yang baik daripada kerajaan negeri dengan mengambil serius untuk mengangkat e-sukan ke tahap lebih tinggi dengan memperkenalkannya di acara sukan yang berprestij ini.

Selain pengumuman Esports Experience ini, Howard turut mengatakan pihaknya akan menubuhkan badan pemikir dan pemantau iaitu Majlis Sukan Elektronik Negeri Perak dan bekerjasama dengan semua pihak untuk memastikan kelestarian pembangunan Esports di negeri itu.

RELATED NEWS

+