Tarikh Pelancaran God of War Didedahkan, Akan Hadir Pada Mac 2018

Mungkin disengajakan tapi reveal daripada PlayStation Store Amerika Syarikat membuatkan ramai gamers tersenyum terutamanya mereka yang sudah lama menantikan tarikh rasmi pelancaran God of War.

Ketika artikel ini ditulis, Sony belum mengeluarkan kenyataan rasmi sebelum tibanya acara PlayStation Experience minggu ini. Tapi memandangkan tarikh itu didedahkan di laman rasmi PlayStation Store sendiri, berkemungkinan Sony memang sengaja untuk mengacah peminat.

Selepas ini korang boleh ikuti perjalanan Kronos dalam entri terbaru ini bersama anaknya, Atreus. Bezanya berbanding keluaran sebelum, ia berkisarkan mengenai mitos Norse dan bukan lagi mitos Greek. Saksikan gameplaynya di bawah.

RELATED NEWS

+