Tarikh pelancaran Mass Effect: Legendary Edition tertiris?

Nampaknya tarikh pelancaran untuk Mass Effect: Legendary Edition telah ditiris oleh dua gedung jualan permainan video di Asia Tenggara. Permainan tersebut dikatakan akan dilancarkan pada 12 Mac tahun ini.

Maklumat ini didedahkan oleh Shopitree yang bertapak di Singapura dan GSShop yang bertapak di Indonesia. Kedua-dua gedung ini mengiklankan tarikh pelancaran dan juga harga jualan permainan tersebut.

Jika maklumat yang didedahkan adalah tepat, nampaknya Mass Effect: Legendary Edition akan dijual pada harga sekitar RM249.

Penulis ingin menegaskan bahawa semua ini bukan maklumat yang diumumkan oleh Bioware atau Electronic Arts (EA) sendiri. Oleh itu, ada kemungkinan maklumat di atas tidak begitu tepat.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+