Tencent Memperuntukkan Sebanyak RM20 Juta Untuk Kejohanan PUBG Mobile 2020
2019-12-01T11:11:13
By: Hazril Md Nor

Tencent Memperuntukkan Sebanyak RM20 Juta Untuk Kejohanan PUBG Mobile 2020

 

Bagi keseluruhan kejohanan berprestij PlayerUnknown’s Battlegrounds mudah alih (PUBG Mobile) pada tahun depan, Tencent memperuntukkan hadiah wang tunai terkumpul AS$5 juta (RM20.8 juta).

Pengumuman itu dibuat oleh Pengarah E-Sukan Global PUBG Mobile dari Tencent Games, James Yang ketika hari terakhir kejohanan PUBG Mobile Club Open (PMCO) Final Global yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur sebentar tadi.

Selain itu, kejohanan yang membawa kepada liga Asia Tenggara bagi PUBG Mobile iaitu PMCO Musim Bunga akan membuka pendaftarannya pada Januari 2020 nanti.

Selain PMCO, Tencent mengumumkan Liga Dunia yang dijangka bermula pada Mei dan Oktober 2020.

Diumumkan juga negara-negara hos terlibat bagi penganjuran kelayakan Liga Profesional iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Pemenang bagi liga ini akan terus melanjutkan perjuangan mereka di Liga Dunia bersama negara serantau dari Asia Selatan dan Amerika.

Yang juga menunjukkan statistik bagi jumlah tontonan untuk PUBG Mobile bagi platform Youtube, Facebook, Twitch dan saluran dalam permainan yang mencecah lebih 50 juta jam pada tahun ini saja.

PMCO Final Global mengumpulkan 16 pasukan terbaik di serata dunia termasuk Yoodo Gank (Malaysia) bertanding merebut hadiah terkumpul (RM10.4 juta). Sebelum ini, Final Global diadakan di Berlin, Jerman.

(Sumber: Youtube PUBG Mobile Malaysia, Tencent | Foto: Screenshot Youtube)

TAGS

BERITA BERKAITAN

4 days ago
Sukan SEA 2019: Pemenang Emas Pertama Kita Adalah Seorang Pensyarah Kejuruteraan
5 days ago
Sukan SEA 2019: Emas Pertama Buat Malaysia
5 days ago
PUBG: Battle Arena Elites Mewakili Malaysia Ke Predator League Asia Pacific 2020, Manila
1 week ago
DOTA2: Nigma Mara Ke WePlay! Bukovel Minor
1 week ago
Sukan SEA 2019: Malaysia Tinggal Selangkah Lagi Rangkul Emas Pertama
1 week ago
PUBG: Ini Adalah Senarai Pasukan Ke Peringkat Nasional Asia Pacific Predator League 2020