[TERKINI] beta terbuka Wild Rift bermula 27 Oktober ini
2020-10-16T15:00:21
By: Hazril Md Nor

[TERKINI] beta terbuka Wild Rift bermula 27 Oktober ini

 

Riot Games mengumumkan League of Legends: Wild Rift akan memasuki fasa Beta Terbuka Serantau bermula 27 Oktober ini di Indonesia, Jepun, Malaysia, Filipina, Singapura, Korea Selatan dan Thailand.

Selain itu, pemain dari Brunei, Kemboja, Laos dan Myanmar juga akan menyertai. Kesemua pemain di rantau ini mempunyai akses penuh untuk Wild Rift, bermakna Riot membuka penyertaan kepada semua orang.

Dalam satu video, Penerbit Eksekutif Wild Rift, Michael “Riot Paladin” Chow berkata, ada beberapa penambahan baru dalam fasa beta terbuka ini:

  • Lokasi baru – Wild Rift akan terus dibuka untuk rantau lain pada masa akan datang. Pada Disember, di Eropah, Timur Tengah, Afrika Utara, Oceania, Russia, Taiwan, Turki dan Vietnam. Amerika pula pada musim bunga tahun depan.
  • Champion baru – Kali ini, Lee Sin akan hadir ke Wild Rift. Beliau adalah champion kegemaran ramai yang memerlukan kemahiran tinggi untuk menguasainya. Kuasa Lee Sin kali ini disesuaikan untuk peranti pintar.
  • Previu champion – Riot akan mencuba enam champions baru yang boleh dimainkan secara percuma untuk beberapa hari pada Oktober iaitu Kai’sa, Evelynn, Akali, Darius, Draven dan Seraphine.
  • Road to Wild Rift – Semakin beta terbuka menghampiri, Riot akan mengeluarkan kandungan setiap hari seperti panduan, video pempengaruh dan highlight komuniti untuk memberikan pemain persiapan penuh bagi Wild Rift.

K/DA dalam Wild Rift:

K/DA adalah kumpulan wanita diasaskan oleh Riot Games dan ia dianggotai oleh beberapa champions dari League of Legends. Kali ini, Wild Rift akan menerima skin K/DA untuk Ahri, Evelynn, Akali, dan Kai’sa.

Skin ini akan dilancarkan pada akhir Oktober yang mana skin Seraphine adalah yang paling mahal antara semua.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
God of War menyokong kadar bingkai sehingga 60FPS di PlayStation 5
2 days ago
Yoodo pertimbangkan add-on data League of Legends: Wild Rift jika ada permintaan
2 days ago
[Review] Ghostrunner – permainan parkour yang hampir sempurna
3 days ago
PlayStation melantik Travis Scott sebagai Rakan Kreatif Strategik
3 days ago
Sekiro: Shadows Die Twice | Game of the Year Edition diumumkan
3 days ago
Apex Legends akan tiba di Steam pada 5 November