[TERKINI] Todak umum pasukan PUBG Mobile baharu
2020-10-07T04:54:31
By: Hazril Md Nor

[TERKINI] Todak umum pasukan PUBG Mobile baharu

 

Organisasi e-sukan Malaysia, Todak umum satu lagi pasukan baharu, iaitu Todak PUBGM (PUBG Mobile) bagi mengejar kelayakan untuk ke liga profesional (PMPL) selain menunjukkan saingan sengit dalam arena e-sukan tempatan serta luar negara.

Pasukan tersebut dianggotai oleh bekas pemain Dingoz MX:

  • Zulkarnain Rosli (9Nine)
  • Mohd Hisham Aris (KRTOS)
  • Muhammad Danish Yusniza (KiD)
  • Wan Mohd Jafni Wan Kamal (LuffyGaming1)

Nazmi

Pengurus, Muhd Nazmi Nahar berkata, meskipun Todak mempunyai pasukan lain dalam e-sukan, beliau mahukan skuad PUBGM ini berdiri setanding.

“Saya berharap pasukan ini dapat menempa kejayaan yang setanding dan tidak dibayangi oleh pasukan lain.

“Diharapkan penubuhan pasukan ini dapat membawa nama Todak dan Malaysia di peringkat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan Todak PUBGM ini adalah di bawah naungan Persatuan Sukan Elektronik Todak yang mana visi mereka adalah menjadi yang terbaik dalam dan luar negara. Setakat ini, Todak mempunyai skuad Mobile Legends: Bang Bang yang tidak tertewas lagi pada musim liga MPL MYSG Musim Keenam baru-baru ini.

Pasukan MLBB itu akan bertanding di peringkat kumpulan atas di playoffs yang berlangsung pada 23 hingga 25 Oktober ini.

Todak juga mempunyai pasukan VALORANT yang sudah menyertai beberapa kejohanan tempatan dan peringkat Asia Tenggara.  

Kepada para peminat yang ingin mengikuti segala perkembangan mengenai pasukan Todak PUBGM, bolehlah mengikuti akaun Instagram rasmi pasukan mereka di @todakpubgm

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
MPL Indonesia: Bigetron Alpha bukan lagi nombor satu
2 days ago
Hero Mobile Legends sekarang boleh cakap Bahasa Indonesia?
2 days ago
Ini antara deck terbaik patch 2.5.0 di Legends of Runeterra
2 days ago
MPL Malaysia: Selena oleh Moon bantu Todak menang 2-1 ke atas Team SMG
3 days ago
Skin epic baharu Mobile Legends diinspirasikan daripada Manny Pacquiao
3 days ago
BMW kolaborasi bersama OG, turut umum manga