Tetikus nirwayar Logitech G PRO X Superlight kini boleh dipra-tempah

Logitech telah melancarkan tetikus nirwayar baharu iaitu Logitech G PRO X Superlight. Ia merupakan tetikus nirwayar paling ringan daripada syarikat tersebut, beratnya kurang daripada 63 gram.

Logitech G PRO X Superlight menggunakan sensor HERO 25K pada 26,500 DPI. Ini merupakan sensor tetikus tahap sub-mikron pertama dalam industri komponen komputer.

Menurut Logitech, tetikus ini telah diuji dalam situasi dunia sebenar oleh beberapa pasukan e-sukan. ASTRALIS menggunakannya untuk memenangi ESL Pro League Final Musim 12. Ia juga membantu G2 Esports memenangi 2020 League of Legends European Championship.

Tetikus ini dijadualkan tiba di Malaysia pada penghujung bulan Januari ini. Ia dijual pada harga RM649. Anda boleh pra-tempah tetikus ini melalui laman Shopee dan Lazada rasmi Logitech Malaysia. Terdapat dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.

Untuk maklumat lanjut mengenai tetikus Logitech G PRO X Superlight, anda boleh melayari laman web rasmi Logitech.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+