The Last of Us Part II semasa State of Play, Naughty Dog mengeluarkan kenyataan bahawa The Last of Us Part II ditunda ke tarikh baru."> The Last of Us Part II semasa State of Play, Naughty Dog mengeluarkan kenyataan bahawa The Last of Us Part II ditunda ke tarikh baru." /> The Last of Us Part II semasa State of Play, Naughty Dog mengeluarkan kenyataan bahawa The Last of Us Part II ditunda ke tarikh baru." />

The Last of Us Part II: Tarikh Pelancaran Ditunda Ke Mei 2020

Baru sahaja sebulan selepas mengumumkan tarikh pelancaran The Last of Us Part II semasa State of Play, Naughty Dog mengeluarkan kenyataan bahawa The Last of Us Part II ditunda ke tarikh baru.

Menurut pengarah game melalui PlayStation Blog, Neil Druckmann berkata punca sebenar penundaan game ke tarikh lain adalah kerana mereka masih lagi memerlukan masa untuk menyiapkan dan menggilapkan mengikut tahap kualiti Naughty Dog.

“Buat masa sekarang, kami berhadapan dengan dua pilihan sama ada mengorbankan beberapa bahagian dalam game dan keluarkan sahaja ataupun dapatkan lebih banyak masa untuk menyiapkan. Kami memilih untuk mengambil banyak masa dan pindah ke tarikh baru yang mana mengalu-alukan kami menyiapkan segalanya mengikut tahap kepuasan kami sambil mengurangkan beban tekanan kepada pasukan,” kata Neil.

Neil juga memohon maaf atas kesulitan ini dan memastikan The Last of Us Part II mengikut jangkaan Naughty Dog serta peminat.

The Last of Us Part II adalah sambungan game aksi seram yang memfokuskan kepada Ellie lebih berusia dan masih lagi hidup dalam dunia pandemik dijangkiti wabak Cordyceps dalam The Last of Us pertama. Korang akan bermain sebagai Ellie lebih lincat, berhadapan dengan musuh baru dan sistem kraf dipertingkatkan seperti ditonjolkan dalam demo. The Last of Us Part II malangnya tidak akan ada mod multiplayer iaitu Factions yang masih lagi popular dalam kalangan pemain di PS4.

Penundaan seperti ini adalah perkara biasa dalam industri game. Malah, Naughty Dog pernah menunda Uncharted 4: A Thief’s End empat kali sejak dari 2014 sehinggalah game itu dilancarkan pada 2016.

The Last of Us Part II bakal dilancarkan pada 29 Mei 2020 eksklusif di PS4.

Apa pendapat korang tentang penundaan ini? Kongsikan bersama kami di FacebookTwitter dan Instagram.

RELATED NEWS

+