The Sims 4 menjadi lebih seram dengan Paranormal Stuff Pack
2021-01-13T03:26:35
By: Burhanudin Zamri

The Sims 4 menjadi lebih seram dengan Paranormal Stuff Pack

 

Electronic Arts (EA) telah mengumumkan pek kandungan bertema seram untuk The Sims 4 yang bertajuk Paranormal Stuff Pack. Ia akan dilancarkan pada 26 Januari ini.

Jelas sekali, pek kandungan ini akan memperkenalkan pelbagai aktiviti dan perabot bertemakan horror dan sambutan Halloween. Terdapat juga kerjaya baharu iaitu Penyiasat Paranormal.

Pakaian baharu juga akan diperkenalkan dan Sims boleh belajar kemahiran baharu iaitu Medium. Kemahiran ini membolehkan mereka untuk berinteraksi dengan hantu dan makhluk paranormal.

Pada waktu ini, EA masih belum mendedahkan harga rasmi Paranormal Stuff Pack. Penulis yakin ia akan dijual pada harga RM39 (Steam), harga yang sama dengan pek kandungan lain yang telah dilancarkan.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
DOTA2: 23savage cecah 12,000 MMR, kini bersama T1
4 days ago
Permainan multi-pemain Aliens: Fireteam diumumkan
4 days ago
PUBG Mobile: Matthew masuk Alter Ego
4 days ago
Epic Games membeli Tonic Games Group, syarikat induk pembangun Fall Guys
5 days ago
Trailer rasmi siri anime Dota: Dragon’s Blood dilancarkan
5 days ago
Kejohanan Riot Games, VALORANT VCT dan League of Legends (MSI) akan diadakan di Iceland, Mei ini