Todak umum roster lengkap skuad League of Legends: Wild Rift

Organisasi e-sukan tempatan, Todak hari ini mengumumkan roster lengkap bagi divisi League of Legends: Wild Rift mereka.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by TODAK WILDRIFT (@todakwildrift)

Mereka terdiri daripada Sak8, Shion, Betax, Fabi, Fyra dan Famous.

Sak8 pernah menjadi ahli pasukan Kuala Lumpur Hunters dan Orange Esports bermain di LoL PC manakala Shion pula adalah dari Mysterious Assasin (MyA) dan pernah menjadi ahli pasukan Todak Underrated. 

Fabi pula pernah menyertai M8Hexa bagi permainan Omyoji Arena.

Todak juga dilaporkan akan bertanding di kejohanan Wild Rift anjuran ESL Asia iaitu Icon Series Asia Tenggara: Pramusim pada bulan depan.

Semoga berjaya buat mereka!

Akhirnya Todak mengambil peluang untuk berkecimpung dalam Wild Rift dan mereka sudah pun mempunyai pesaing sengit seperti Berjaya Dragons, Geek Fam dan Wulf Esports.

RELATED NEWS

+