Kejohanan E-Sukan Kampus (KEK) Semester 3 dalam kategori Mobile Legends: Bang Bang, pasukan UiTM Vendetta seterusnya bertanding di PVP Esports Campus Championships Regional Finals."> Kejohanan E-Sukan Kampus (KEK) Semester 3 dalam kategori Mobile Legends: Bang Bang, pasukan UiTM Vendetta seterusnya bertanding di PVP Esports Campus Championships Regional Finals." /> Kejohanan E-Sukan Kampus (KEK) Semester 3 dalam kategori Mobile Legends: Bang Bang, pasukan UiTM Vendetta seterusnya bertanding di PVP Esports Campus Championships Regional Finals." />

UiTM Vendetta mahu ‘balas dendam’ di PVP Esports Community Championships S2

Selepas menjuarai Kejohanan E-Sukan Kampus (KEK) Semester 3 dalam kategori Mobile Legends: Bang Bang, pasukan UiTM Vendetta seterusnya bertanding di PVP Esports Campus Championships Regional Finals.

Cita-cita mereka untuk mejadi pasukan kampus MLBB terbaik di Asia Tenggara dicantas oleh Pigeon & Friends (Filipina) di pusingan Grand Finals dan mereka pulang sebagi naib juara. Walaubagaimanapun, itu bukan pengakhiran perjuangan mereka di pentas antarabangsa.

UiTM Vendetta akan kembali pada 5 dan 6 Disember ini untuk bertanding di PVP Esports Community Championships S2 Regional Finals yang akan berlangsung di acara SuperGamer Fest 2020. Ini merupakan peluang mereka untuk membalas dendam dan menonjolkan diri sebagai salah satu pasukan MLBB terbaik di Asia Tenggara.

Baru-baru ini, kami di MyGameOn telah menemu ramah kapten pasukan UiTM Vendetta iaitu Muhammad Nabil “King Abey” Japri untuk mengetahui lebih lanjut tentang persediaan mereka untuk kejohanan PVP Esports Community Championships S2 Regional Finals.

UiTM Vendetta diwakili oleh:

  • Muhammad Nabil bin Japri (kapten)
  • Muhammad Badrun bin Ahmad Puad 
  • Danish Haziq bin Azrul Yussaini
  • Aliff bin Nasir
  • Muhammad Amirul Iqmal bin Rosman
  • Muhammad Hariez bin Idris
  • Muhammad Zulhafiz bin Md Yusuf (penganalisa)

MGO: UiTM Vendetta sebelum ini ada menang satu kejohanan Universiti e-League. Mungkin boleh ceritakan jika anda rasa pasukan anda sudah satu tahap ke depan dan bermain di peringkat Asia Tenggara jadi anda semua lebih yakin untuk bertanding dalam kejohanan tempatan?

Pada pendapat saya, masih terdapat seorang ahli daripada pasukan saya yang belum mempunyai keyakinan yang tinggi lagi. Tetapi saya akan memastikan dia akan dilatih akal dan mindanya untuk mempunyai keyakinan yang tinggi dan berada sama taraf dengan ahli ahli pasukan yang lain.

 

MGO: Vendetta nombor dua dalam kejohanan lepas, apakah misi untuk PVP kali ini? Adakah anda sasar untuk jadi nombor satu?

Misi saya kali ini adalah untuk memastikan pasukan saya bersedia sepenuhnya untuk bertanding dalam PVP S2, dan semestinya sasaran saya untuk PVP kali ini untuk mendapat johan dan merampas gelaran juara dari pasukan Singapura.

UiTM Vendetta menerima hadiah kejohanan KEK Semester 3.

MGO: Selepas kemenenangan Vendetta di KEK dan participation dalam PVP, bagaimana persepsi keluarga terhadap e-sukan dan juga perspektif universiti anda terhadap e-sukan?

Alhamdulillah syukur saya ucapkan, ada keluarga kawan saya yang sebelum ini tidak berapa gemar dengan aktiviti e-sukan ini. Tetapi sekarang keluarganya sudah mula untuk memberi sokongan yang penuh terhadap pasukan ini.

Bagi pihak universiti pula, kami telah berjaya membuka mata mereka bahawasanya e-sukan ini juga merupakan sesuatu pencapaian yang patut dibanggakan dan pihak universiti juga semakin banyak memberi dorongan dan sokongan kepada pasukan UiTM Vendetta dari segi pelbagai sudut.

Selain itu, pihak uni juga turut “approach” pasukan ini untuk melakukan sesi temu ramah, dan banyak lagi untuk mengetahui lebih lanjut tentang e-sukan ini.

 

MGO: Adakah terdapat kemasukan ahli baru untuk pasukan?

Pada mulanya saya merancang untuk memasukkan seorang ahli baru tetapi masih lagi dalam perancangan dan saya perlu mendapat kata putus daripada ahli pasukan saya yang lain juga. Tetapi kemungkinan tinggi akan ada seorang ahli baru untuk melapis dan menggantikan ahli lama yg bakal graduate.

 

MGO: Kenapa anda pilih untuk kekalkan roster sedia ada?

Saya memilih untuk mengekalkan roster yang sedia ada kerana saya dan pasukan saya telah mengambil masa yang sangat lama untuk berlatih dengan memasuki banyak kejohanan kecil semata-mata hanya untuk menguatkan lagi cara komunikasi dan chemistry pasukan ini.

 

MGO: Apa harapan anda kepada peminat dan rakyat Malaysia?

Harapan saya ialah semoga rakyat Malaysia akan memberi sokongan yang penuh kepada pasukan UiTM Vendetta ini kerana kami janji akan memberi sehabis baik yang kami boleh berikan demi negara Malaysia yang tercinta. InshaAllah, kami akan naikkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

 

Pastikan anda tidak terlepas menonton pasukan UiTM Vendetta beraksi di PVP Esports Community Championships S2 Regional Finals pada 5 dan 6 Disember ini di siaran langsung acara SuperGamer Fest 2020.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+