Ulang tahun pertama CODM: pelbagai kandungan baharu dan cabutan bertuah ROG Phone 3

Sambutan ulang tahun pertama Call of Duty: Mobile (CODM) bermula pada hari ini dan terdapat banyak perkara baharu yang semestinya membuat para pemain merasa teruja. Acara ini akan berlangsung sehingga permulaan kemas kini Musim 12.

Antara penambahan yang paling menarik ialah peta baharu untuk mod permainan Battle Royale iaitu Alcatraz. Peta ini direka untuk pertembungan jarak pendek di antara 40 orang pemain. Ia menyokong mod Battle Royale solos, duos, dan squads dalam FPP dan TPP.

Satu lagi peta baharu yang diperkenalkan ialah The Club. Ia berfungsi lebih kurang sama dengan Cheer Park dalam PUBG Mobile di mana anda boleh bersantai dengan rakan-rakan anda dan lakukan aktiviti-aktiviti seperti Darts, Knife Hand, dan mini-permainan arked untuk kumpul Anniversary Points dan memperoleh ganjaran.

Penulis yakin perkara yang paling penting untuk para pemain CODM ialah Anniversary Battle Pass. Battle Pass kali ini menawarkan empat watak-watak baharu iaitu Scylla – Future Vice, Spectre – Emoticon, Zero – Nebula, dan Reaper Premium.

Pemain yang log masuk pada 15 Oktober (hari ini) akan menerima watak ulang tahun pertama Merc 5 secara percuma. Terdapat juga ganjaran-ganjaran menarik lain. Oleh itu, jangan lupa log masuk CODM hari ini!

Sempena sambutan ulang tahun pertama CODM, sebuah senjata baharu akan diperkenalkan dan ia mempunyai satu ciri istimewa iaitu ia boleh digunakan secara berkembar (dual-wielding). Senjata ini ialah Fennec dan ia boleh diperoleh secara percuma dengan menyelesaikan misi-misi Anniversary Battle Pass.

Seperti yang dinyatakan dalam tajuk artikel ini, anda juga berpeluang memenangi sebuah telefon pintar gaming ROG Phone 3. Bagaimana caranya? Ikuti laman Facebook rasmi CODM untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Jadi, anda tunggu apa lagi? Jom sertai acara-acara hebat ulang tahun pertama Call of Duty: Mobile!

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+