Valorant akan dilancarkan pada 2 Jun 2020

Valorant telah menjadi satu judul yang amat popular dalam arena permainan first-person shooter (FPS) multi-pemain. Walaupun masih berada dalam fasa beta tertutup, livestream Valorant di Twitch secara terkumpul pernah ditonton lebih daripada sejuta peminat.

Riot Games, pembangun Valorant, telah mengumumkan bahawa judul tersebut akan dilancarkan sepenuhnya pada 2 Jun 2020. Antara usaha yang dilakukan oleh Riot untuk memastikan lag dikurangkan ialah menubuh pelayan baharu di Madrid, London, dan kawasan-kawasan lain.

Valorant merupakan permainan FPS yang mempunyai  ciri-ciri mirip dengan judul popular seperti Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO) dan Overwatch. Adakah ia akan menjadi “raja” baharu FPS dalam talian dan mengalahkan CS:GO?

Untuk maklumat lanjut mengenai pelancaran Valorant, anda boleh rujuk laman web rasmi Valorant.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+