Valorant kini boleh dimain di Malaysia

Permainan video first-person shooter (FPS) yang dibangunkan oleh Riot Games iaitu Valorant akhirnya telah dilancarkan secara rasmi. Para pemain di kawasan Asia Pasifik termasuk Malaysia kini boleh memuat turun dan main judul tersebut.

Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk main Valorant kerana ia merupakan sebuah permainan percuma, sama seperti League of Legends. Anda hanya perlu mendaftarkan sebuah akaun Riot dan muat turun permainan tersebut melalui laman web rasminya.

Valorant merupakan sebuah permainan video FPS yang menggabungkan elemen-elemen daripada permainan video popular lain seperti CS:GO dan Overwatch.

Anda sudah cuba Valorant? Apa pendapat anda? Adakah ia akan menjadi raja baharu permainan FPS dalam talian?

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+