Valorant SEA Invitational diumumkan, Soloz dan MasterRamen akan bertanding

Riot Games dengan kerjasama IO Esports akan mengadakan sebuah kejohanan Valorant untuk Asia Tenggara yang bertajuk Valorant SEA Invitational. Ia akan berlangsung secara digital pada 11 Julai tahun ini.

Enam pasukan yang terdiri daripada 30 pencipta kandungan (content creator) akan merebut peluang untuk memenangi sebahagian daripada hadiah terkumpul yang berjumlah US$10,000 (RM42,000).

Kejohanan juga memperjuangkan sebuah tujuan mulia. Riot Games memperuntukkan dana sebanyak US$10,000 kepada Coronavirus Relief Fund daripada GlobalGiving.

Pasukan-pasukan akan diumumkan pada 27 Jun ini. Pada waktu ini, 12 pencipta kandungan yang akan menyertai kejohanan ini telah diumumkan:

  • Malaysia: Soloz dan MasterRamen
  • Singapura: Sombrero dan Afiz
  • Indonesia: Luthfi Halimawan dan Watchout Gaming
  • Thailand: Xcrosz dan Badness Gamer
  • Filipina: GlocoGaming dan Maggiekarp
  • Taiwan: Xargon dan HEHE

Pengulas-pengulas untuk kejohanan ini pula akan diumumkan pada 1 Julai. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kejohanan ini seperti format kejohanan dan sebagainya, anda boleh melayari laman web rasmi Valorant SEA Invitational.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+