Versi Fizikal Final Fantasy VII Terjejas Akibat COVID-19

Square Enix telah mengeluarkan sebuah kenyataan mengenai pengedaran salinan versi fizikal Final Fantasy VII Remake (FF7R). Ada kemungkinan besar versi tersebut tidak dapat diedarkan secara menyeluruh pada tarikh pelancaran iaitu 10 April 2020.

Hal ini terjadi kerana pandemik COVID-19 yang tular di seluruh dunia. Pelancaran versi digital tidak akan diubah dan ia tetap akan tiba pada 10 April 2020.

Menurut kenyataan Square Enix, mereka akan mengeluarkan satu lagi kenyataan pada 20 Mac 2020 yang diiringi apa-apa berita baharu mengenai situasi ini (jika ada).

Bagi anda yang telah pra-tempah versi fizikal FF7R, anda digalakkan untuk menghubungi talian khidmat pelanggan Square Enix mengikut negara masing-masing.

Final Fantasy VII Remake akan dilancarkan pada 10 April 2020 secara eksklusif untuk PlayStation 4 (PS4). Tempoh eksklusif tersebut akan berakhir pada 10 April 2021.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+