Video baharu The Last of Us Part II memperincikan cara permainan sebagai Ellie
2020-05-21T02:38:18
By: Burhanudin Zamri

Video baharu The Last of Us Part II memperincikan cara permainan sebagai Ellie

 

Semakin hari kita semakin mendekati tarikh pelancaran The Last of Us Part II. Para peminat judul pertama The Last of Us semestinya tidak sabar untuk mencuba sekuel kepada permainan hebat tersebut dan kini kita mendapat maklumat lebih lanjut mengenai permainannya.

PlayStation telah mengeluarkan satu video baharu yang menunjukkan ciri-ciri permainan The Last of Us Part II dengan lebih mendalam.

Dalam video tersebut, pembangun-pembangun dari studio Naughty Dog memberikan penerangan tentang aspek permainan seperti penyelinapan, penambahbaikkan senjata, dan banyak lagi.

Antara perubahan ketara dalam The Last of Us Part II berbanding The Last of Us ialah pergerakan Ellie lebih lincah kerana badannya lebih kecil berbanding Joel, watak utama The Last of Us.

Kelincahan ini membenarkan Ellie untuk melakukan tindakan baharu seperti meniarap untuk menyembunyikan dirinya dalam rumput tinggi.

The Last of Us Part II akan dilancarkan pada 19 Jun 2020 secara eksklusif di PlayStation 4 (PS4).

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Pembentangan digital Devolver Direct akan berlangsung pada 12 Julai
3 days ago
#YoodoKEK Zon Borneo Final – Pasukan UeS HavoX dan DMG muncul juara
3 days ago
Worms Rumble akan dilancarkan di PC, PS4, dan PS5 pada hujung tahun ini
4 days ago
Paul “Redeye” Chaloner sah bersara daripada e-sukan
4 days ago
Tonton trailer baharu permainan pertarungan Sword Art Online: Alicization Lycoris
5 days ago
Monster Hunter World: Iceborne Title Update 4 akan dilancarkan pada 9 Julai