Wakil Malaysia, Wicked Esports layak ke grand final FIFA eClub World Cup, akan lawan Jepun
2021-02-27T08:39:21
By: Editorial team

Wakil Malaysia, Wicked Esports layak ke grand final FIFA eClub World Cup, akan lawan Jepun

 

Wakil Malaysia, Wicked Esports yang dianggotai oleh Faiq Iskandar “WCKD_FAIQ” Saiful Bahri dan Muhammad Naim “WCKD_RENTAP” Muhammad Hisham layak ke grand final kejohanan dunia FIFA  eClub World Cup 2021 dijadualkan berlangsung esok.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Wicked Esports Team (@wicked.gg)

Mereka layak selepas mengumpul sebanyak 10 mata di peringkat kumpulan Zon 2 yang mana pasukan Jepun, Blue United eFC adalah juara kumpulan dengan 15 mata.

Satu lagi pasukan Malaysia, GBX Esports Team hanya meraih lima mata keseluruhan di peringkat kumpulan sekali gus tidak berjaya lolos.

Setakat ini, Wicked sudah berjaya mengumpul RM32,000 hadiah kemenangan kerana layak ke peringkat ini. Mereka bakal memburu hadiah kemenangan utama sekiranya menang ke atas Jepun ini. 

Kemaraan pasukan ini ke grand final mengukir sejarah baru di peringkat dunia FIFA apabila pasukan Malaysia pertama kali berjaya melangkah sejauh ini.

FIFA eClub World Cup Grand Final akan berlangsung esok pada jam 5 petang dan perlawanan boleh disaksikan di FIFA.gg.

Sebanyak enam zon diadakan mengikut rantau yang mana setiap juara zon diiktiraf sebagai juara dunia (enam juara dunia bakal dinobatkan).

Ayuh kita semarakkan semangat #MalaysiaBoleh dan berikan sokongan kepada mereka berdua di grand final esok!

Foto: Wicked Esports

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
Isu Vokey: “Jangan keterlaluan sampai melibatkan keluarga,” – Aiman Wafiy
3 days ago
PMPL: Dingoz MPX layak ke SEA Final
3 days ago
PMPL: Dingoz MPX hampir ke SEA Final, beza hanya 5 mata dengan Team Secret
3 days ago
Geek Fam MY guna pemain senior lawan Suhaz EVOS, 2-1
3 days ago
PMPL: Dingoz MPX di tempat pertama, Team Secret dan Taugeh Ayam ikut rapat
4 days ago
Bukan rezeki Team Bosskurr, Suhaz EVOS terus dominasi