Wild Rift: Beta tertutup dibuka kembali esok

League of Legends Wild Rift akan membuka kembali pelayar beta tertutup esok selepas beberapa hari ‘dibekukan’. Pembukaan kembali ini akan memberi ruang kepada lebih ramai pemain dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand menyertai.

Bagi pemain sedia ada yang dapat bermain sebelum ini, anda boleh mula bermain seawal jam 8 pagi esok.

Lebih menarik kali ini, mereka turut menyertakan kemasukan pemain dari Korea Selatan dan Jepun.

Kali ini juga, Riot Games akan memilih pengguna Android yang membuat pra-pendaftaran di Google Play tempoh hari. Buat pemain iOS, tidak dinyatakan tapi anda boleh semak emel jika ada emel Test Flight daripada Riot.

Beta tertutup fasa kedua ini dikhabarkan tidak mempunyai banyak perubahan selain penambahan pemain. Bagaimanapun, segala perkembangan dari akaun asal akan menerima reset (ini bermakna levelchampion pool dan Blue Motes yang dikumpul akan hilang).

Namun, bagi pengguna Android yang membeli Wild Cores, mereka akan menerima bayaran balik dengan tambahan 20% sebagai bonus.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+