Wild Rift: Elemental Dragons dan kenapa mereka penting untuk ditewaskan
2020-11-20T03:47:36
By: Hazril Md Nor

Wild Rift: Elemental Dragons dan kenapa mereka penting untuk ditewaskan

 

Dalam League of Legends: Wild Rift, naga menjadi tumpuan bagi perebutan antara dua pihak lawan. Perlawanan di kawasan dragons ini sering berlaku apabila kedua-dua pihak ingin mendapatkan buff apabila naga ini ditewaskan.

Perlu tahu yang Dragons ini akan muncul pada minit keempat, yang mana kebanyakan hero sudah mempunyai ultimate.

Setiap Elder Dragon yang dibunuh akan menambahkan satu lagi buff (selain buff elder) iaitu true damage (serangan membakar musuh).

Elder ini hanya akan muncul selepas empat naga berelemen ini dibunuh.

Di sini penulis senaraikan empat jenis naga termasuk versi Elder yang muncul dalam Wild Rift dan apa jenis buff yang mereka kurniakan:

 

Mountain Dragon 

Memberikan sebanyak 6 peratus daripada nyawa maksimum sebagai perisai kepada pasukan yang berjaya membunuhnya. Perisai ini hanya akan diaktifkan apabila anda berada di luar perlawanan selama beberapa saat. Perisai ini tidak akan aktif jika anda sedang berlawan.

Versi Elder: Memberikan sebanyak 9 peratus daripada nyawa maksimum sebagai perisai.

 

Ocean Dragon

Memberikan buff omnivamp ssebanyak 8 peratusBuff ini sangat sesuai untuk kesemua ahli yang mana akan ada ADC (attack damage carry) dan Mage di dalamnya untuk menambahkan nyawa jika mereka diserang oleh serangan jenis magis atau fizikal.

Versi Elder: Memberikan 12% Omnivamp.

 

Cloud Dragon

Menambahkan kelajuan pergerakan kepada kesemua ahli pasukan yang menewaskannya sebanyak 7.5 peratus (15 peratus jika di luar perlawanan). Ia bagus untuk jungler roaming dan support membantu mereka di midlane jika perlu.

Versi Elder: Menambahkan sebanyak 11.25% kelajuan pergerakan (22.5% jika di luar perlawanan).

 

Infernal Dragon

Mengurniakan sebanyak 8 peratus penambahan damage, tidak terhad kepada fizikal atau magis.

Versi Elder: Memberikan 12% penambahan damage.

Jadi anda pastinya takkan lepaskan peluang untuk mendapatkan buff naga ini bagi membantu pasukan anda untuk menang!

Foto: Infinity

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
MPLI: Alter Ego akan bertemu RRQ Hoshi pada suku akhir, El Clasico sekali lagi!
2 days ago
MPLI: Geek Fam Indonesia akan bertemu Todak di peringkat suku akhir
2 days ago
Geek Fam tempat ketujuh dalam kejohanan Free Fire Continental Series Asia
3 days ago
Geek Fam bersedia hadapi Grand Final Free Fire Continental Series Asia esok
3 days ago
UiTM Vendetta mahu ‘balas dendam’ di PVP Esports Community Championships S2
4 days ago
Wild Rift: Butiran mengenai Pentaboom Showdown Asia Tenggara didedahkan