Untuk minggu ini, Epic Games Store (EGS) menawarkan tiga permainan video percuma buat pemain PC. Antaranya ialah World War Z, sebuah permainan video zombi multi-pemain. Dua lagi judul percuma adalah Figment dan Tormentor x Punisher.
Ketiga-tiga judul tersebut boleh dimuat turun sekarang dan tawaran ini akan berakhir pada 2 April 2020. Anda hanya perlu muat turun aplikasi EGS di komputer anda dan mendaftarkan sebuah akaun EGS.
Cara permainan World War Z tidak jauh beza dengan Left 4 Dead. Anda akan bermain bersama-sama tiga orang rakan untuk membunuh zombi dan mencapai tempat yang selamat.
Satu perbezaan besar antara kedua-dua permainan video tersebut ialah Left 4 Dead dimain secara first person manakala World War Z dimain secara third person.
Pada waktu ini, EGS juga menawarkan percubaan percuma untuk Ghost Recon Breakpoint sehingga 30 Mac 2020.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.