Xenoblade Chronicles: Definitive Edition Tiba Di Nintendo Switch Pada 29 Mei 2020
2020-03-27T03:48:38
By: Burhanudin Zamri

Xenoblade Chronicles: Definitive Edition Tiba Di Nintendo Switch Pada 29 Mei 2020

 

Nintendo baru-baru ini mengeluarkan sebuah rakaman Nintendo Direct Mini dan mereka mengumumkan banyak permainan video baharu untuk Nintendo Switch.

Antara pengumuman terbesar dalam video tersebut ialah Xenoblade Chronicles: Definitive Edition yang akan dilancarkan pada 29 Mei 2020 untuk Nintendo Switch. Ia merupakan versi terbaru judul tersebut yang mempunyai kemaskini grafik, audio, dan kawalan.

Xenoblade Chronicles pertama dilancarkan untuk konsol Wii pada tahun 2010 di Jepun. Versi Bahasa Inggeris dilancarkan pada tahun 2011. Pada tahun 2015, versi New Nintendo 3DS pula dilancarkan.

Selain daripada memperkenalkan penambahbaikkan dari segi grafik, versi Definitive Edition ini juga mengemaskini sistem menu dan heads-up display (HUD) agar ia lebih mudah difahami di Nintendo Switch.

Satu lagi penambahan yang menarik yang terdapat pada versi Definitive Edition ialah Xenoblade Chronicles. Ia merupakan kandungan baru yang memperkenalkan pengakhiran baru kepada jalan cerita Xenoblade Chronicles. Ini memberikan alasan yang bagus kepada peminat Xenoblade Chronicles untuk mendapatkan versi ini.

Bagi anda yang berminat, Xenoblade Chronicles: Definitive Edition boleh dipra-tempah sekarang di Nintendo eShop pada harga AS$59.99 (RM256).

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
A Total War Saga: Troy akan dilancarkan pada 13 Ogos 2020, percuma dalam tempoh 24 jam pertama
2 days ago
Permainan PS5 Godfall keluarkan trailer acah tentang watak Silvermane
2 days ago
Future Games Show 2020 akan berlangsung pada 7 Jun 2020
2 days ago
Pembentangan PS5: The Future of Gaming ditangguh
2 days ago
Valorant kini boleh dimain di Malaysia
3 days ago
Demo percuma Summer in Mara kini boleh dimain di PC