Yakuza 5 Remastered Dilancarkan, Koleksi Yakuza Remastered Kini Lengkap
2020-02-12T07:34:20
By: Burhanudin Zamri

Yakuza 5 Remastered Dilancarkan, Koleksi Yakuza Remastered Kini Lengkap

 

Siri permainan Yakuza sangat popular dalam kalangan pemain PlayStation kerana ia mempunyai gameplay perlawanan adrenalin tinggi dan banyak permainan mini (minigames) yang lucu.

Pada hari ini, Yakuza 5 Remastered dilancarkan, menandakan bahawa siri permainan Yakuza akhirnya lengkap di PlayStation 4 (PS4).

Siri tersebut terdiri daripada:

  1. Yakuza Kiwami
  2. Yakuza Kiwami 2
  3. Yakuza 3 Remastered
  4. Yakuza 4 Remastered
  5. Yakuza 5 Remastered
  6. Yakuza 6: The Song of Life

Pada hari yang sama, The Yakuza Remastered Collection juga telah dilancarkan. Ia merupakan koleksi yang mengandungi Yakuza 3 Remastered, Yakuza 4 Remastered, dan Yakuza 5 Remastered.

Koleksi ini dijual dalam pakej warna merah dicorakkan dengan tatu naga yang dimiliki oleh watak utama siri Yakuza iaitu Kiryu Kazuma.

Satu bonus menarik yang hadir dengan koleksi ini ialah kotak CD kosong untuk Yakuza 5 versi PlayStation 3 (PS3).

Ia dimasukkan sekali kerana Yakuza 5 hanya dilancarkan secara digital untuk PS3. Oleh itu, peminat Yakuza yang mengumpul kotak CD fizikal tidak dapat melengkapkan koleksi mereka.

Akhirnya, koleksi itu boleh dilengkapkan.

Yakuza 5 Remastered boleh dibeli secara digital di PlayStation Store (PS Store) untuk RM119.

Yakuza Remastered Collection pula dijual pada harga RM253.

Sumber: PlayStation Blog

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
5 Game Seram Yang Paling Menakutkan Setakat Februari 2020
2 days ago
Faker Tandatangani Tiga Tahun Kontrak Dengan T1, Akan Jadi Pemilik Bersama
2 days ago
Ini Dia 10 Hero Mobile Legends Yang Perlukan Revamp
3 days ago
Kartun Overwatch Dan Anime Diablo Sedang Dihasilkan Untuk Netflix
3 days ago
Rainbow Six Siege Akan Hadir Ke PlayStation 5 – Kata Ubisoft
3 days ago
Team Secret Umum Pasukan League Of Legends – Lowkey Esports Dari Vietnam