Yoodo Gank muncul sebagai juara PMPL SEA Finals S1

Nama Malaysia dalam arena e-sukan diharumkan sekali lagi baru-baru ini apabila pasukan Yoodo Gank menjadi juara Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (PMPL SEA) Musim Pertama!

Mereka telah membawa pulang hampir RM200,000 hasil daripada kemenangan ini. Jumlah ini mengambil kira hadiah utama US$30,000 (RM130,000), Anugerah Pasukan Popular berjumlah US$3,000 (RM13,000), hadiah Chicken Dinner berjumlah AS$2,500 (RM10,000), dan Anugerah Gunkiller Player berjumlah AS$5,000 (RM21,000).

Dalam kejohanan ini, Yoodo Gank berjaya mengumpul 284 mata dan juga 5 Winner Winner Chicken Dinner dalam 15 pusingan yang dipertandingkan dari 1 Mei sehingga 3 Mei 2020.

Apa yang menakjubkan tentang kemenangan ini ialah Yoodo Gank berjaya mengalahkan juara PUBG Mobile Club Open 2019 Fall Split iaitu Bigetron Red Aliens. Pasukan Indonesia tersebut memperoleh tempat kedua di PMPL SEA Finals S1 dengan pengumpulan 187 mata.

Dua lagi pasukan dari Malaysia yang turut menyertai kejohanan ini iaitu Team Secret dan Bigetron AROV masing-masing menduduki tempat ke-lima dan ke-12.

Kejayaan ini merupakan satu lagi pencapaian yang sangat membanggakan bagi rakyat Malaysia, terutamanya para peminat e-sukan tanah air. Yoodo Gank kini telah layak untuk menyertai Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) dan penulis berharap mereka dapat meneruskan kejayaan di sana!

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+