Zizan Razak jadi duta Free Fire Malaysia

Kuala Lumpur: Selebriti, penyanyi dan pelawak terkenal tanah air, Zizan Razak sah menjadi duta Free Fire Malaysia.

“Saya amat teruja untuk menjadi duta Free Fire yang pertama di Malaysia. Sebagai pelakon, saya berazam menghiburkan dan mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi rakyat Malaysia.

Dengan Free Fire yang menetapkan piawaian untuk permainan kompetitif di Malaysia, saya berharap dapat menyertai gelombang e-sukan yang sedang berkembang pesat, dan membawa hiburan yang hebat ini kepada belia tempatan,” kata Zizan.

Zizan dipilih sebagai duta jenama Free Fire yang pertama di Malaysia atas permintaan tempatan yang popular.

Beliau akan menjadi wajah Free Fire di Malaysia bagi tahun 2021, dan akan muncul dalam pelbagai kempen pemasaran Free Fire, termasuk iklan TV, sebuah filem pendek eksklusif, dan video muzik yang masing-masing akan disiarkan di media sosial Free Fire seperti YouTube dan Facebook pada 8 Mei dan 13 Mei.

“Ia juga amat bermakna bagi saya untuk menjadi sebahagian daripada kempen ini pada bulan Ramadhan, terutamanya dengan tema saling memberi dan berkongsi kebaikan.

Saat-saat sedemikian dapat mengeratkan persahabatan sesama rakan, dan kenangan yang mana kita sama-sama memberi sokongan kepada antara satu sama lain pasti akan menjadi sesuatu yang tidak dapat dilupakan, apabila kita menggamit memori lama suatu hari nanti,” kata Zizan lagi.

Sertailah Zizan untuk berkongsi kebaikan di Ramadan ini dan acara-acara akan datang. Ikuti laman media sosial Free Fire (Facebook, YouTube, Instagram, TikTok) untuk maklumat terkini!

 

Acara Ramadan Free Fire

Di samping itu, Free Fire mengumumkan acara Ramadan yang menggalakkan Survivors di Malaysia berbuat kebaikan. Bermula esok hingga 16 Mei, anda dapat menebus hadiah setiap hari dan berkongsi bersama rakan-rakan dengan menerimaa dan memberi satu hadiah setiap hari.

Nantikan ganjaran hebat seperti ‘Custom Room Card’ dan beg galas ‘Verdant Soul’ bertemakan Ramadan, hanya pada 13 Mei.

Bagi menyemarakkan semangat memberi, Survivors juga dapat memperoleh ganjaran pencapaian individu berdasarkan jumlah hadiah yang dikongsikan mereka. Serlahkan amalan memberi pada bulan Ramadan ini untuk mendapat pelbagai hadiah menarik seperti ‘Celadon Grail lootbox’ dan ‘Persia Prowess Bundle’.

Survivors boleh mendapat lebih item eksklusif dengan menebus hadiah untuk diri serta rakan-rakan mereka.

Di samping itu, ‘Survivors’ di Malaysia boleh sama-sama menghitung hari untuk menyambut Raya dengan memperoleh ‘bonus log-masuk’ yang hebat sebagai komuniti! Ia termasuk kad percubaan ‘weapon skin’ serta watak-watak kegemaran peminat.

Pemainjuga akan menerima ganjaran dalam bentuk token Lemang bagi setiap perlawanan yang disertai, yang dapat ditukar dengan ‘M82B- Dragon Mob gun skin’ secara percuma sepanjang tempoh acara Ramadan 2021.

Belum habis lagi! Lebih hadiah eksklusif akan menanti anda yang log masuk pada 13 Mei, di mana pemain yang bermain selama lebih 30 minit boleh mendapat ‘Magic Cube’ yang amat berharga, yang boleh ditukar dengan kostum bundle pilihan anda!

Malahan, keseronokan akan diteruskan selepas ‘Peak Day’ dengan misi Lanjutan Hari Raya. Dengan menyempurnakan misi, ‘Survivors’ juga dapat memiliki ‘Jungle Excursion skyboard’ eksklusif yang membolehkan mereka meluncur di langit dan memasuki medan perang dengan penuh bergaya!

Free Fire adalah permainan tembak menembak mudah alih yang yang paling banyak dimuat turun di dunia pada 2020 dan 2019 menggabungkan Google Play dan iOS App Stores, menurut App Annie.

RELATED NEWS

+