“Tugu peringatan Kento Nanami akan mengambil masa lebih lama dari yang dijangka,” – Kerajaan Negeri Pahang

Kerajaan negeri Pahang tahun lepas mengumumkan mereka akan membina sebuah tugu peringatan untuk karakter anime popular dari Jujutsu Kaisen iaitu Kento Nanami.

Bagi yang tidak tahu, antara ayat terakhir Kento Nanami sebelum mati adalah dia mahu berpencen di tepi pantai Kuantan.

Semalam satu kenyataan sudah dibuat di mana tugu peringatan ini bakal mengambil masa lebih lama dari yang dijangka.

Kuantan Would Be Nice" - Nanami Nak Bina Rumah Di Pantai , Nak Menetap Di  Malaysia! - Isu Semasa - Semasa - Forum - CARI Infonet

Hal ini juga adalah kerana masalah pemilikan hak cipta karakter Jujutsu Kaisen itu.

Image

“Tourism Malaysia sudah berjumpa dengan penerbit anime itu pada Januari lepas untuk menyampaikan permohonan kerajaan negeri Pahang bagi mendapatkan kebenaran mempromosikan pelancongan.”

“Kami juga sudah memberikan kesemua dokumen yang diperlukan,” ujar Leong Yu Man, Pengerusi Jawatankuasa Perlancongan dan Budaya.

Leong juga mengatakan kesemua komunikasi adalah melalui perantara kerana manga terkenal Gege Akutami jarang membuat kemunculan awam.

Rujukan: BFM News

RELATED NEWS

+