10 minit permainan Cyberpunk 2077 di Xbox One X dan Xbox Series X dipertunjukkan

CD Projekt Red telah memuat naik satu episod khas Night City Wire yang mempertunjukkan permainan Cyberpunk 2077 di konsol Xbox One X dan Xbox Series X. Video ini berdurasi sekitar 10 minit dan memberi fokus terhadap misi bertajuk Automatic Love.

Terdapat beberapa perbezaan menarik yang boleh dilihat apabila membandingkan versi generasi lepas dan generasi kini. Antaranya ialah Xbox Series X menggunakan teknologi ray-tracing untuk mewujudkan pantulan cahaya yang lebih realisitk, manakala versi Xbox One X nampaknya menggunakan teknik screen space reflection.

Watak yang disuarakan oleh Keanu Reeves iaitu Johnny Silverhand juga membuat kemunculan dalam misi ini.

Satu lagi episod Night City Wire iaitu episod ke-5 akan disiarkan pada 20 November ini pada 2AM. Episod ini akan memberi fokus terhadap waktu Johnny Silverhand, muzik di Night City, dan banyak lagi.

Cyberpunk 2077 dijadualkan untuk dilancarkan pada 10 Disember ini di PC, PlayStation 4 (PS4), Xbox One, dan Google Stadia. Versi PlayStation 5 (PS5) dan Xbox Series akan dilancarkan pada masa depan.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+