Goodday Charge melancarkan Boomers2Gamers: pencarian pasukan Counter Strike 2 warga emas pertama Malaysia

Goodday Charge melancarkan Boomer2Gamers.

Kempen ini adalah untuk merapatkan jurang antara generasi dan mencabar stereotaip mengenai e-sukan.

Goodday Charge kini mencari pasukan e-sukan warga emas pertama di Malaysia bagi golongan berusia 50 tahun ke atas dengan tawaran hadiah bernilai sehingga RM20,000 untuk dimenangi.

Acara ini juga mahu melawan stereotaip yang dikaitkan dengan e-sukan bagi mengembangkan usaha memperakui e-sukan sebagai satu sukan sebenar.

Antaranya juga termasuk penajaan pembentukan National Esports Development Guideline (NESDEG) yang dilancarkan untuk melindungi atlet e-sukan dan meningkatkan pembangunan industri e-sukan.

Tanggapan e-sukan sebagai aktiviti tidak aktif dan bukan sukan sebenar menjadi stigma normal.

Pelancaran Boomers2Gamers berfungsi sebagai pelantar untuk merapatkan merapatkan jurang tua dan muda dalam e-sukan dengan menerangkan kompetitif e-sukan dan tahap kesukanan yang tinggi dari sergi kecergasan dan pemakanan.

Goodday Charge menjemput individu berusia 50 tahun ke atas untuk menyerahkan penyertaan mereka untuk merebut peluang menyertai pasukan e-sukan warga emas pertama bagi Counter Strike 2.

Tempoh penyertaan bermula 19 Februari ini sehingga 8 April 2024.

10 calon yang berjaya akan disenarai pendek untuk menjalani kursus gaming komprehensif yang bertujuan untuk mendidik generasi senior mengenai apa yan diperlukan untuk seorang atlet e-sukan.

Kursus ini akan merangkumi lima tunjang penting iaitu Kemahiran Terlatih, Strategi, Senaman, Diet dan Tidur, serta Kerja berpasukan dan Komunikasi ; kursus ini akan diadakan selama tiga hari.

Anda boleh melayari laman rasmi GoodayCharge untuk maklumat lanjut mengenai acara ini.

RELATED NEWS

+