177 negara dan wilayah yang tiada PSN tidak lagi boleh bermain Helldivers II

KEMASKINI: Sony kini sah tidak akan meneruskan tindakan tarik balik Helldivers 2 dan membuat permohonan maaf.

Helldivers 2 kini ditarik dari penjualan di 120 negara dan 57 wilayah serata dunia.

PlayStation Network (PSN) hanya boleh didaftar di 69 negara serata dunia sahaja.

Senarai negara dan wilayah ini adalah untuk yang tidak mempunyai PSN.

Jumaat lepas, penerbit Helldivers II iaitu Sony membuat pengumuman setiap pemain kini memerlukan akaun PSN.

Sejak itu lebih 250,000 review negatif diberikan kepada Helldivers 2 di pelantar Steam.

Ramai pemain tidak menyukai keputusan ini kerana ramai pemain bakal kehilangan akses ke Helldivers II nanti.

Keputusan ini juga menjadi tanda tanya ramai pihak mengapa mereka membenarkan Helldivers II boleh dibeli dan dimain di negara yang tidak mempunyai PSN selama empat bulan.

Pada mulanya keperluan PSN ini adalah tidak wajib dan boleh dilangkau begitu sahaja tetapi Sony menetapkan anda wajib mempunyai PSN untuk bermain Helldivers II.

Akaun PSN ini adalah mandatori bermula 4 Jun ini.

Nombor 177 ini merangkumi 120 negara dan 57 wilayah serata dunia.

Sesiapa yang berada di negara atau wilayah ini tidak lagi boleh membeli atau bermain Helldivers 2 lagi.

Ramai pemain juga menjadi lebih marah apabila beberapa pengurus komuniti Helldivers II seolah merendah-rendah dan mengejek pemain-pemain yang terkena dengan keputusan ini.

Sebagai pengurus komuniti anda sepatutnya membantu syarikat untuk mengawal keadaan bukan mengeruhkannya lagi.

Menurut Pilestedt Ketua Pegawai Esekutif Arrowhead (pencipta Helldivers 2) mengatakan mereka sedang mencari solusi untuk membantu pemain di negara yang tidak mempunyai PSN.

Pilestedt juga mengatakan ini adalah keputusan Sony dan dia tiada kata akhir untuk situasi ini.

Beberapa pemain yang termasuk dalam 177 negara dan wilayah ini juga telah mendapatkan bayaran semula daripada Steam.

Sony dalam masa tiga hari ini telah diserang ramai pihak dan mengatakan mereka sentiasa membuat keputusan yang tidak mesra pengguna.

RELATED NEWS

+