Acer lancar model Nitro V 15 dan aksesori baharu

Acer Malaysia kini memperkenalkan model baharu komputer riba gaming, Acer nitro V 15 yang direka untuk mempertingkatkan lagi pengalaman gaming pada musim cuti akhir tahun ini. Di samping itu, mereka juga melancarkan beg galas dan bagasi baharu yang lebih stail dan sesuai untuk penggemar tech.

Acer Nitro V 15

Ia dikuasakan oleh 13th Gen Intel core i5 bersama NVIDIA GeForce RTX 4050 dan RTX 2050 bagi menyampaikan pengalaman gaming lebih lancar untuk pemain kasual. Dengan pemindahan kuasa 180W dan 170W, Nitro V 15 membolehkan anda bermain game di tahap maksima dengan lebih 30% FPS berbanding model sama dengan MGP lebih rendah.

Ia juga mempunyai paparan 144Hz 15.6 inci, 512GB SSD dan 8GB RAM yang boleh dinaiktaraf sehingga 32GB pada bila-bila masa perlu.

Acer Nitro V 15 sudah pun tersedia dengan harga runcit RM3,099 di semua stor rasmi Acer. Jika anda membeli sebelum 31 Disember ini, anda akan menerima saguhati bernilai sehingga RM637 termasuklah beg galas Nitro Urban Gaming, Trend Micro Internet Security dengan langganan tiga tahun, tetikus nirwayar Logitech G dan kredit Touch ‘n Go eWallet.

Jangan lupa untuk sertai kuiz Holiday Giveaway untuk berpeluang menang ganjaran sehingga RM50,000 di laman ini.

Bagasi dan Beg Galas Acer Baharu

Akesori Acer kini ditambah lagi dengan pengenalan bagasi Predator Robust yang merupakan simbolik kepada peranti Predator, sesuai untuk mereka yang utamakan ketahanan dan praktikal. Ia hadir dengan kata laluan TSA boleh diubahsuai bagi memastikan barang berharga anda kekal selamat di dalamnya dan pantas.

Terdapat banyak tempat letak barang (compartment) disediakan, ditambah lagi dengan roda yang tidak berbunyi.

Bagi bagasi Acer Melbourne pula, ia dibina dengan tiga tahap ketahanan dengan TSA, dan sesuai untuk perjalanan jauh dan kerap.

Acer juga melancarkan beg galas Austin yang direka untuk mereka yang bekerja dalam sektor perniagaan. Rekaan ergonomik untuk mengurangkan tekanan di bahu dan belakang.

Bagasi Predator Robust dijual dengan harga RM1,999 sementara siri Acer Melbourne pula pada harga RM999 dan RM1,099 untuk model 20 inci dan 24 inci. Beg Galas Austin pula dijual dengan harga RM369 saja.

Layari laman Facebook @AcerMalaysia untuk butiran lanjut.

RELATED NEWS

+