Acer Malaysia Umum Swift 5, Laptop 15 Inci Yang Paling Ringan Dan Juga Melancarkan Pelbagai Laptop Lain

Semalam, Acer Malaysia menutup tirai hujung tahun dengan pelancaran laptop terbaru 15 inci!

Dengan berat 1kg, generasi baru Acer Swift 5 ini direka dengan bahan magnesium-lithium alloys yang sangat ringan. Ia juga didatangkan dengan 512GB SSD, memberikan kadar respons 30 kali ganda dari HDD biasa. Ada Fingerprint Reader juga tau! Resolusi 15.6 inci HD Penuh IPS juga mempunyai 100%sRGB dan tahap brightness sehingga 300 nits. Acer Swift 5 boleh dijadikan peneman harian korang dengan 10 jam ketahanan bateri dengan harga RM3,599.

Bila ni? Korang perlu tunggu apabila ia dah mula dijual kelak. Ada dua pilihan warna iaitu Charcoal Blue dan Steel Gray.

Acer Swift 3 (mula dijual pada harga RM3,599) yang juga seberat 1.35 kg dengan ketebalan 14.9 mm sebenarnya sangat ringan untuk dibawa dengan rekaan aluminium. Ia juga didatangkan dengan grafik NVIDIA GeForce MX150 untuk korang sunting gambar, video dan main game. Korang juga tak perlu risau dengan 512 SSD yang cukup untuk storan apa-apa pun dalam laptop ini!

   

 

Predator Orion 3000 pula adalah desktop yang mempunyai pilihan dari i5 dan i7 sesuai untuk korang yang memang suka heavy gaming. Dengan prestasi mantap ini, ia mampu menyokong streaming untuk gameplay sehingga resolusi 4K. Ia berharga RM5,399

Sesuai untuk keluarga dan juga korang yang masih menuntut di universiti, Acer Aspire 5 adalah nipis, berukuran 17.9 mm dan seberat 1.8kg untuk laptop sebesar 15.6 inci. Dengan paparan FULL HD IPS dan Acer Color Intelligence, ia sangat sesuai untuk tengok movie ke, Netflix atau Twitch. Korang boleh dapatkan model i5 pada harga RM2,699 dan i7 dengan ekstra 128GB SSD pada harga RM3,599.

Kalau korang nak monitor pula, Acer ED323QURA adalah monitor gaming yang memaparkan skrin lekuk (curved) 31.5 inci dengan resolusi WQHD 2560 x 1440 (2K). Ia juga mempunyai kadar segar semula 144Hz dan kadar respons 4ms untuk gameplay lebih lancar. Korang boleh dapatkannya dengan harga RM1,499.

Dengan teknologi IPS, monitor berukuran 31.5 inci ini menyokong resolusi 4K UHD (3840 x 2160). Acer ET322QK ini juga mempunyai teknologi AMD FreeSync melalui DisplayPort dan HDMI. Ia juga mempunyai 178° viewing angle dan berharga RM1,499.

Untuk golongan profesional dan yang dah bekerja, korang mesti taknak korbankan produktiviti. Oleh itu, TravelMate X514 ini sangat sesuai dan didatangkan dengan versi i5 serta i7. Ia sangat ringan seperti Macbook pada berat 980gram dan mempunyai ketahanan bateri sehingga 10 jam. Harga permulaannya adalah RM4,499

 

RELATED NEWS

+