“Ahli komuniti MLBB perlu bersikap profesional ketika memberikan pendapat,” – Sunfrost

Pengulas Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), Syed Fitri Abharshah atau Sunfrost memberi pendapat bahawa ahli komuniti perlu memberikan komen yang lebih berilmiah daripada mengutuk atau menghina.

Sunfrost ketika dihubungi mengenai komuniti MLBB di Malaysia menyatakan bahawa peminat mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat mereka.

Namun baginya, terdapat segelintir ahli komuniti MLBB yang memberi pelbagai kritikan negatif kepada pasukan-pasukan Malaysia ataupun beberapa pemain menjadi sasaran mereka.

“Kandungan yang lebih berilmiah ataupun cadangan yang lebihbaik  dan mengelakkan kata-kata kasar di dalam tutur kata kita,” ujar Sunfrost.

Tambahnya, dia turut menganggap bahawa ahli komuniti masih berada di fasa kematangan di mana mereka perlu menerima serta menilai setiap kekalahan.

Bagi Sunfrost, adat pertandingan kalah atau menang adalah perkara yang biasa namun ahli komuniti perlu lebihkan sokongan dan kurangkan hinaan ketika pasukan negara mengalami kekalahan.

Dia turut berharap bahawa pempengaruh (influencer) perlu teruskan menyokong pasukan-pasukan MLBB supaya penyokong akan turut melakukan perkara sama.

“Pada waktu kalah, influencer perlu beri tanda sokongan ataupun jika kekalahan itu tidak boleh diterima, boleh juga memberikan cadangan serta kritikan untuk menambah baik cara permainan mereka,” tambah Sunfrost.

Pada masa sama, dia turut memuji inisiatif MyGameOn dalam menganjurkan kempen KitaSamaLevel.

Bagi Sunfrost, kempen ini memberikan pendedahan kepada komuniti e-sukan yang lain serta usaha yang diperlukan untuk komuniti MLBB bertambah positif.

RELATED NEWS

+