Aiming headshot terlalu mudah – Overwatch 2 kini mempunyai ‘hitbox’ peluru lebih besar

Overwatch 2 baru-baru ini melancarkan Musim ke-9 mereka dan banyak perubahan sudah dibuat.

Tetapi perubahan paling ketara adalah keputusan Blizzard membesarkan saiz peluru untuk hampir semua senjata dalam Overwatch.

Hal ini membuatkan hero seperti Sojourn, Widowmaker, dan Hazo yang boleh menembak di tepi kepala tetapi masih mendapatkan headshot.

Sesetengah pemain Overwatch membuat gurauan dimana membidik adalah pilihan.

@jay3twitch The new hitboxes are massive #overwatch #overwatch2 #jay3 #twitch #overwatchfunnymoments #fyp ♬ original sound – Jay3

Dalam Overwatch pergerakan hero-hero yang ada sangat susah untuk diteka kerana ada yang boleh melompat tinggi, terbang dan dash merata-rata.

Membidik menjadi sangat susah apabila healing dan kuasa pertahanan memainkan peranan.

Ramai pemain Overwatch mempunyai pendapat yang berbeza-beza.

Ada yang menerima dan ada yang tidak suka dengan perubahan ini.

Beberapa pemain rank tinggi merasakan Blizzard terlalu memberi ‘pertolongan’ untuk pemain Overwatch.

Perubahan ini juga dibuat untuk mengelakkan one-shot dimana hero-hero mati serta merta dari hero DPS.

RELATED NEWS

+