Among Us menang dua kategori penting di The Game Awards 2020

Permainan multi-pemain, Among Us memenangi dua kategori penting di anugerah The Game Awards 2020.

Among Us memenangi kategori Permainan Mudah Alih Terbaik dan Permainan Multi-Pemain Terbaik.

Ini adalah pencapaian begitu baik buat Innersloth kerana dua tahun sebelum ini Among Us tidak menerima begitu banyak perhatian.

Disebabkan pandemik COVID-19, ramai yang duduk di rumah dan bermain Among Us bersama rakan. Ia juga dilancarkan di pelbagai platform termasuk peranti pintar jadi mudah diakses di mana sahaja.

Pastinya kemenangan ini akan memberi inspirasi kepada Innersloth menambah baik lagi Among Us untuk masa akan datang.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+