Anthem Memperlihatkan Gameplay Baru

Baru-baru ini, BioWare menunjukkan gameplay baru lebih fresh untuk Anthem, permainan yang mengumpulkan pemain-pemain dalam satu dunia alien berkonsepkan PvE (player versus environment).

Kalau korang saksikan video di bawah, boleh lihat beberapa abiliti yang boleh digunakan karakter dan juga sedikit highlight pada misi pertama.

Dua orang hos akan membawa korang mengenali beberapa ciri baru, bermula dengan kem untuk lepak dengan askar lain. Selepas mendapat signal kalau ada musuh, korang akan mula terbang dan mempunyai option untuk aktifkan Ultimate Ability dengan menekan D-pad. Ia kemudiannya memberikan speed boost

Ada juga babak yang mana korang akan saksikan perlawanan agak hebat dalam permainan ini, menggunakan kedua-dua senjata dan armor untuk jatuhkan musuh.

Kalau korang nak saksikan livestream lain daripada EA, nantikan minggu ini yang mana lebih banyak gameplay dan visual akan diperlihatkan.

Anthem is akan dilancarkan pada 22 Februari di Xbox One, PlayStation 4 dan Origin di PC.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+