Ubisoft telah mendedahkan tarikh rasmi bagi Assassin’s Creed 3 Remastered yang pernah diumumkan dalam Season Pass untuk Assasssin’s Creed Odyssey pada bulan September lepas."> Ubisoft telah mendedahkan tarikh rasmi bagi Assassin’s Creed 3 Remastered yang pernah diumumkan dalam Season Pass untuk Assasssin’s Creed Odyssey pada bulan September lepas." /> Ubisoft telah mendedahkan tarikh rasmi bagi Assassin’s Creed 3 Remastered yang pernah diumumkan dalam Season Pass untuk Assasssin’s Creed Odyssey pada bulan September lepas." />

Assassin’s Creed 3 Remastered Sudah Ada Tarikh Rasmi! Saksikan Trailer Perbandingan Visual Lama & Baru

Ubisoft telah mendedahkan tarikh rasmi bagi Assassin’s Creed 3 Remastered yang pernah diumumkan dalam Season Pass untuk Assasssin’s Creed Odyssey pada bulan September lepas.

Versi remastered ini akan menampilkan enjin grafik baru dan menyokong definisi resolusi lebih tinggi kepada 4K dan HDR. Selain itu, kawalan gameplay dan ergonomik dipertingkatkan kepada Assassin’s Creed 3 yang sesuai pada masa kini.

Saksikan trailer perbandingan Assassin’s Creed 3 lama dan di-remastered-kan tertera di bawah:

Assassin’s Creed 3 merupakan game keempat dalam siri Assassin’s Creed yang dilancarkan pada 2012. Game ini memfokuskan perjuangan Connor Kenway atau nama sebenar Ratonhnhaké:ton, seorang Assassin berketurunan campuran orang Amerika asli dan British dalam menentang penyebaran Templar di sebalik pergolakan Perang Revolusi Amerika di Boston.

Pelancaran versi remastered ini menyertakan kesemua DLC termasuk ‘Benedict Arnold and Hidden secret missions’ dan ‘The Tyranny of King Washington’. 

Turut serta, pemain juga akan dapat Assassin’s Creed 3 Liberation: Remastered iaitu menceritakan tentang seorang Asssassin bernama Aveline de Grandpe melawan untuk kebebasan di New Orleans sekitar 1800an.

Pemilik Season Pass bagi Assassin’s Creed Odyssey bakal menikmati Assassin’s Creed 3 Remastered bersama seluruh DLC dan Asssassin’s Creed 3 Liberation secara percuma tetapi game ini akan dipasarkan secara berasingan juga.

Assasssin’s Creed 3 Remastered bakal dilancarkan pada 29 Mac 2019 di PC, PS4 dan Xbox One. 

Daftar sekarang untuk kejohanan e-sukan kampus terbesar di Malaysia! Ada game Mobile Legends, PES 2019 dan Dota 2, khas untuk pelajar universiti sahaja! 

KLIK LINK INI UNTUK MENDAFTAR.

Info lanjut, layari laman web ini dan Facebook kami.

RELATED NEWS

+