Assassin’s Creed Odyssey: Legacy of the First Blade Bakal Tiba Minggu Depan, Saksikan Trailer Episod Pertama

Pemegang Season Pass bagi Assassin’s Creed Odyssey akan menerima DLC Legacy of the First Blade, salah satu daripada dua expansion besar dalam pelan kandungan pasca pelancaran.

Buat pertama kali, kandungan DLC ini akan dilancarkan dalam tiga episod  dan setiap episod boleh dimainkan kira-kira 12 jam. Episod pertama bagi DLC Legacy of the First Blade bertajuk Hunted yang bakal dilancarkan pada 4 Disember.

Legacy of the First Blade mengisahkan tentang Assassin pertama yang menghunus senjata ikonik Assassin’s Creed iaitu pisau Hidden Blade. Korang bermain sebagai Alexios atau Kassandra bakal bertemu dengan Darius yang pernah membunuh Xerxes. Sebelum itu, nama Darius sering disebut-sebut dalam novel dan game lepas tetapi ini adalah kali pertama pemain akan berjumpa dengannya.

Seperti biasa, korang boleh mengubahsuai senjata dan perisai baru serta belajar kebolehan baru dalam DLC ini. Saksikan trailer rasmi Legacy of the First Blade di bawah:

Episod kedua dinamakan Shadow Heritage dan episod ketiga, Bloodline dijangka akan disiapkan pada awal tahun 2019. DLC kedua Assassin’s Creed Odyssey, The Fate of Atlantis pula bakal menyusul selepas itu dan setiap episod dilancarkan secara berkala iaitu pada setiap 6 minggu.

Assassin’s Creed Odyssey kini sudah dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One. Legacy of the First Blade boleh dibeli bersama Season Pass dan jika korang dah ada game penuh, korang boleh membeli Season Pass dengan harga berbeza.

Sumber: VG 24/7

RELATED NEWS

+