Assassin’s Creed Origins Menawarkan Pelbagai Customizations Dalam Update Terbaru

Ramai yang mungkin senyap-senyap mesej Ubisoft tentang kesukaran yang mereka hadapi dalam game kerana Assassin’s Creed Origins nampaknya akan membolehkan korang mengubah tetapan difficulty tapi ia lebih kompleks!

Ubisoft mengumumkan ciri yang dinamakan Animus Control Panel yang terdapat dalam Uplay Library. Apa yang korang boleh customize? Macam-macam.

Pemain boleh tetapkan tiga tetapan. Contohnya, menambahkan kelajuan pergerakan, menukar karakter dimainkan ataupun menjauhkan jarak dari mana musuh boleh menjejaki mereka.

Korang juga boleh menambah jumlah maksimum haiwan ternakan. Selain itu, korang boleh diving dengan lebih lama dengan menambah kelajuan menyelam dan ketahanan nafas dalam air.

Ubisoft masih belum mengumumkan tarikh rasmi bagi update ini tapi pastinya ia membuatkan pemain lebih bebas membuat tetapan mereka sendiri sementara menikmati permainan itu mengikut cara mereka.

RELATED NEWS

+