Wall of Shame,  250Steam."> Wall of Shame,  250Steam." /> Wall of Shame,  250Steam." />

Battlefield 2042 kena kecam, antara permainan paling teruk di Steam

Battlefield 2042, permainan terbaru terbitan EA dan dibangunkan oleh DICE kini menjadi salah sebuah permainan yang paling teruk diberikan reviu oleh komuniti permainan itu dan kini ditempatkan di kedudukan ke-8 (ketika artikel ini ditulis) di Wall of Shame,  250Steam

Para pemain dan peminat begitu kecewa dengan kualiti permainan itu dan menyatakan permainan itu sebagai ‘pembaziran’ dan ‘tidak siap’ serta ianya tidak mencapai tahap pengalamanan permainan yang dinanti-nantikan mereka selama ini. 

Pihak EA dan DICE walaubagaimanapun sudah menjanjikan untuk memperbaiki dan menambahbaik permainan itu melalui kemaskini akan datang.

Selain menyatakan mod Hazard Zone sebagai “membosankan dan tiada hala tuju,” pemain juga mempersoalkan ketiadaan ciri-ciri komunikasi dalam permainan semasa hari pelancaran. 

Battlefield kini boleh dimainkan di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC. 

Sumber: ComicBook

RELATED NEWS

+