Bekas pembangun Riot Games ingin membantu CSGO dalam masalah ‘hacker’

Penipuan serta hack dalam permainan kompetitif seperti Dota 2, Counter Strike Global Offensive (CSGO) dan VALORANT adalah perkara yang tidak diingini oleh mana-mana pihak berintegriti. Namun, perkara ini bukan perkara yang jarang berlaku.

Kali ini, seorang bekas pembangun VALORANT dalam bidang anti-penipuan menawarkan bantuan untuk menyelesaikan masalah hack dalam CSGO.

Perbualan itu didorong oleh siaran media sosial daripada pembangun Valve yang menggelar penipuan sebagai masalah yang merebak merentas semua permainan kompetitif dalam talian. Hasil perbualan ini belum didedahkan, tetapi setiap peminat CSGO tahu bahawa Valve memerlukan bantuan kritikal yang boleh diperoleh untuk menghentikan hacker.

Nemanja Mulasmajic, atau Nemi di Twitter adalah seorang pakar program yang sebelum ini membangunkan aplikasli anti-penipuan untuk Riot Games dan Activision-Blizzard.

Sumbangan beliau tidak dapat dikenal pasti, tetapi kemungkinan besar beliau membantu mencipta program anti-penipuan Riot Vanguard untuk VALORANT.

Syarikatnya, Byfron Technologies, secara khusus mencipta program anti-penipuan untuk permainan dalam talian.

Semoga Valve terbuka hati untuk menerima tawaran ini kerana masalah spinbot serta wallhack agak menjadi-jadi kebelakangan ini.

RELATED NEWS

+