Uplay."> Uplay." /> Uplay." />

Beta terbuka Hyper Scape kini telah dilancarkan

Permainan video battle royale baharu daripada Ubisoft iaitu Hyper Scape kini telah dilancarkan dalam fasa beta terbuka di PC. Anda boleh menyertai beta terbuka ini melalui aplikasi Uplay.

Hyper Scape diumumkan pada awal bulan ini dan pada mulanya, hanya beberapa individu seperti streamers di Twitch mendapat akses untuk main judul ini. Kini ia boleh dimain oleh semua orang tetapi malangnya, beta terbuka ini tidak dilancarkan di konsol.

Perkara menarik tentang Hyper Scape ialah setiap pemain boleh mendapatkan pelbagai kemahiran istimewa yang boleh dikutip seperti senjata-senjata biasa.

Berikut adalah spesifikasi minima dan spesifikasi disyorkan untuk beta terbuka Hyper Scape di PC:

Jika anda berminat dengan permainan video battle royale, pastikan anda dan rakan-rakan anda mencuba Hyper Scape! Anda boleh muat turun beta terbuka ini melalui laman web rasmi Hyper Scape.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+