Bleach: Thousand-Year Blood War akan memfokuskan karakter Human World

Aniplex baru saja mengumumkan treler pendek untuk Bleach: Thousand-Year Blood War. Ia memfokuskan karakter-karakter di Human World dan terdapat dua lagi treler akan dilancarkan pada 1 Oktober dan 8 Oktober ini.

Dalam treler ini kelihatan Ichigo, Orihime, Chad dan Uryuu yang berinteraksi bersama satu sama lain dan Orihime yang akhirnya meleraikan pergaduhan antara Ichigo dan Quincy itu.

Bleach: Thousand-Year Blood War akan menjadi sekuel kepada anime asal Bleach yang ditayangkan dari 2004 hingga 2012. 10 tahun kemudian, akhirnya ia kembali dan pelakon suara Ichigo, Orihime, Chad dan Uryuu kembali mengalih suara watak mereka.

Anime ini akan meliputi arc terakhir manga dari volum 55 ke 74.

Jangan lupa saksikannya bermula 10 Oktober ini.

RELATED NEWS

+