Blizzard Membatalkan Kejohanan Esports Untuk Heroes Of The Storm, Beberapa Pekerja Bertukar Jabatan

Selepas Mike Morhaime (co-founder) meninggalkan Blizzard Entertainment, nampaknya syarikat gergasi ini terpaksa membuat perubahan segera.

Dalam blog post terbaru, Allen Brack dan Ray Gresko dari Blizzard mengumumkan development team untuk MOBA Heroes of the Storm akan dikurangkan dan dikerah untuk projek lain. Lebih mengejutkan acara kompetitif untuk permainan ini turut dibatalkan pada tahun depan.

Kesian Blizzard.. kuat sangat impak Dota 2 dan League of Legends mungkin?

“Kami sentiasa berevolusi, bukan saja permainan kami tapi bagaimana kami menyokong dan memajukan mereka. Evolusi ini sangat penting untuk kami terus membangunkan permainan yang menarik dan itu membuatkan Blizzard adalah Blizzard,” 

Tapi ini membawakan kepada keputusan yang berat untuk Heroes.

“Kami mempunyai lebih banyak live games dan projek belum diumumkan. Kami juga ingin menggunakan bakat dan kemahiran pembangun ini untuk projek lain. Oleh itu, kami terpaksa ‘mengambil’ mereka dari Heroes of the Storm untuk ke team lain dan kami sangat teruja dengan apa mereka boleh bawakan untuk projek itu.

Blizzard juga umumkan tiada lagi Heroes Global Championship dan Heroes of the Dorm pada 2019.

Mereka juga menambah, ia bukan bermakna permainan ini dah pun ‘mati’ tapi akan terus dikemaskini dengan bilangan pemain yang tidak mencapai standard seperti dulu.

“Kami akan terus menyokong dengan menambah hero baru, acara bertema dan kandungan lain disukai komuniti,” 

Bagi penulis, Blizzard berdepan cabaran cukup hebat dari pelabur yang mungkin melihat peluang di Dota 2 dan LOL dengan playerbase lebih tinggi. Mungkin ini berikan impak yang besar dalam penganjuran acara yang biasanya mendapat penajaan dari pelabur-pelabur ini.

Diharapkan pemain sedia ada terus bertahan untuk masa depan HOTS yang masih tidak menentu. Kita mungkin akan mengetahui projek-projek terbaru Blizzard ini di Blizzcon 2019.

 

RELATED NEWS

+