‘Bocah’ di China jumpa cara elak curfew main game tiga jam seminggu

Awal bulan ini, ramai pemain game yang masih muda di China dikenakan curfew yang hanya membenarkan mereka bermain permainan video tiga jam dalam satu minggu sahaja.

Namun beberapa orang sudah tahu cara untuk bermain melebihi 3 jam seminggu.

Difahamkan, terdapat beberapa orang dewasa yang menyewa akaun mereka kepada pemain muda ini untuk bermain permainan video.

Tencent juga mengetahui mengenai hal ini tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak tahu akaun dewasa itu digunakan oleh bocah atau tidak.

Menurut Kotaku ada juga yang menyewa akaun mereka sebanyak 33 yuan iaitu RM20 untuk 2 jam permainan.

Hanya satu perkara yang gamer muda perlu berjaga-jaga adalah imbasan wajah untuk bermain pada pukul 10 malam sehingga 8 pagi untuk permainan video dari Tencent.

Sesiapa yang gagal untuk membuat verifikasi akan dianggap sebagai bocah dan akan ditendang dari bermain.

RELATED NEWS

+