Call Of Duty Mobile Boleh Dimainkan Sekarang – Jom Download!

Permainan mudah alih Call of Duty (COD) kini sedia dimainkan di semua peranti dan pelantar termasuklah iOS dan Android.

COD Mobile menarik banyak penyertaan dari komuniti gaming serata negara apabila sohor kini di media sosial dan dimuat turun oleh ramai pengguna sejak server rasminya boleh diakses pada jam 12 tengah malam tadi.

Ia dibangunkan oleh Activision dan diterbitkan oleh Garena. Permainan ini menampilkan mod seperti Search & Destroy, Battle Royale, Frontline, Team Deathmatch dan Rank serta banyak lagi! Buat masa sekarang, gamers sedang menguji permainan ini dalam sesi beta tertutup yang hanya diberikan kepada mereka yang membuat pra-pendaftaran tak lama dulu.

Setiap pemain dibekalkan beberapa slot di loadout yang mana anda boleh customize senjata dan kelengkapan mengikut citarasa sendiri. Yang menariknya, ia juga menyertakan Scorestreaks, satu ciri membolehkan pemain menggunakan serangan istimewa seperti airdrop, Hunter Killer Drone dan banyak lagi.

Juga terdapat ciri menarik seperti Battle Pass untuk pengguna mendapatkan senjata yang diubah, kad exp dan banyak lagi.

Download: Android, iOS

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+