Call Of Duty: Modern Warfare 2 Remastered Kini Dilancarkan Untuk PS4

Activision telah mengumumkan pelancaran Call of Duty: Modern Warfare 2 Remastered. Ia kini boleh dibeli di PlayStation Store untuk PlayStation 4 (PS4) dan akan dilancarkan untuk PC dan Xbox One pada 30 April 2020.

Anda patut mengetahui bahawa judul ini bukan sekuel kepada Call of Duty: Modern Warfare yang baru dilancarkan tahun lepas. Ia sekadar versi remastered judul Modern Warfare 2 yang asalnya dilancarkan pada tahun 2009.

Versi remastered ini mempunyai penambahbaikkan dari segi kualiti grafik, animasi, pencahayaan, dan banyak lagi. Bagi anda yang memiliki Call of Duty: Modern Warfare (2019) dan Call of Duty: Warzone, anda juga akan memperoleh Underwater Demo Team Classic Ghost Bundle apabila membeli Modern Warfare 2 Remastered.

Satu lagi perkara yang patut diketahui oleh pembaca ialah permainan video ini hanya mempunyai mod single player. Tiada mod multi-pemain yang disertakan sekali seperti kebanyakan judul Call of Duty.

Dijual pada harga RM117 di PlayStation Store, Call of Duty: Modern Warfare 2 mungkin bukan sebuah judul yang menarik bagi peminat siri Call of Duty tetapi ia peluang yang bagus bagi anda yang tidak pernah main judul tersebut semasa ia pertama dilancarkan pada tahun 2009.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+